Saturday, October 1, 2011

Novel Kesateria Ajaib disambung!


Novel 'Kesateria Ajaib: Siapa Mahu Jadi Superhero?' adalah sambungan kepada novel 'Kesatria Ajaib: Kuasa Lobak Kecil'.

Salman menerima kunjungan sepupunya, Fateh, dalam cuti sekolah. Fateh memberitahu ada program realiti di saluran TV kanak-kanak iaitu TV Riang Ria, bertajuk ’Siapa Mahu Jadi Superhero?’. Fateh mengajak Salman menyertai program itu sebagai aktiviti cuti sekolah. Salman bersetuju dan mereka pergi uji bakat, langsung diterima masuk.

Dalam program itu, mereka berkenalan dengan peserta lain yang tiada langsung kuasa superhero. Mereka menyertai sekadar suka-suka. Namun berlaku perkara yang aneh dan luar biasa semasa mereka menjalani program itu.

Salman dan Fateh menyiasat dan mendapati sebenarnya dalam salah seorang peserta, ada yang sama keturunan Raja Musa dan memiliki kuasa superhero seperti mereka.